Report on Mount Kinbalu Expedition 2010...

Tuesday, April 27, 2010

This report comes from... http://cukelat.blogspot.com. Sorry for the Malay version and the use of some unappropriate language... Sorry for the long n boring report... hahaha...


Alhamdulillah. Berakhir sudah XPDC Kinabalu 2010 dari 13-19 April 2010. Tahniah buat semua peserta seramai 29 orang yang berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan sepanjang XPDC ini.

13 April 2010
Bertolak dari UIA Kuantan ke LCCT seawal jam 7.30 pagi. Berhenti makan sekejap di Restoran Zaman. Kemudian meneruskan perjalanan. Tiba di Gombak pada pukul 11 pagi untuk mengambil baki peserta-peserta XPDC. Tiba di LCCT pada pukul 1 petang. Penerbangan ke Kota Kinabalu dijadualkan pada pukul 4.00 petang dan kami berlepas agak lambat kerana hujan yang sangat lebat menguji kami. Kami tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 7.30 malam dan disambut oleh pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kami ke UMS dan bermalam di sana.

14 April 2010
Kami semua bersiap-siap seawal 7.00 pagi untuk sarapan pagi dan perjalanan ke Kundasang untuk mendaki Gunung Kinabalu. Perjalanan kami ke Kundasang memakan masa 2 jam 30 minit. Setibanya kami di Kundasang, kami diberi tag nama yang mesti dipakai sepanjang pendakian kami. Selepas check in, kami terus ke Timpohon Gate untuk memulakan pendakian. Selepas mendengar taklimat daripada Abg Rejeh iaitu guide kami di sana, kami memulakan pendakian ke Laban Rata dengan hati yang girang gembira. Pelbagai cabaran dan suka duka dilalui oleh kami sepanjang pendakian ini. Kumpulan terakhir yang tiba di Laban Rata pada pukul 7.00 malam. Setibanya di Laban Rata, semua peserta menikmati makan malam yang sangat enak. Selepas makan malam, kami bergerak ke tempat penginapan kami di Gunting Lagadan. Kami membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Kemudian, kami tidur.

Sebelum turun dari Laban Rata

15 April 2010
Kami bersiap seawal 1.30 pagi untuk makan tengah malam di Laban Rata sebelum memulakan pendakian ke puncak tertinggi di Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak. Lebih Kurang pukul 2.50 pagi, semua peserta memulakan pendakian ke Low's Peak. Hanya dua orang peserta XPDC tidak berjaya menghabiskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah tiba di Low's Peak, kami bergambar dan melihat matahari terbit. Tapi sayang, kabus yang tebal tiba-tiba menghalang penglihatan kami untuk melihat matahari terbit. Setelah beberapa ketika berada di puncak dengan cuaca yang agak sejuk, semua peserta XPDC turun ke Laban Rata untuk sarapan pagi dan bersiap-siap untuk turun ke Timpohon Gate. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami memulakan perjalanan turun. Semua peserta tiba di Timpohon Gate pada pukul 4.15 petang. Salah seorang peserta terpaksa dikejarkan ke Hospital Ranau akibat keletihan melampau yang melemahkan tubuhnya. Alhamdulillah, semua selamat. Kami bermalam di KK Town pada malam ini. 19 orang peserta bermalam di Stay-In Lodge dan 10 orang peserta bermalam di North Borneo Cabin.

Sebelum meninggalkan Kundasang

16 April 2010
Kami bangun seawal 5 pagi untuk menunaikan kewajipan dan menyiapkan diri untuk aktiviti pada hari ini. Aktiviti yang dilakukan ialah snorkelling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kami menaiki bot di Jesselton Point untuk ke Pulau Manukan. Walaupun ditimpa hujan yang agak lebat di Pulau Manukan, tentatif untuk ke Pulau Sapi pada pukul 2.00 petang tetap tidak berubah. Setelah puas snorkelling di Pulau Sapi, kami kembali ke Jesselton Point untuk kembali ke tempat penginapan kami di KK Town. Kami menunaikan kewajipan di Masjid Likas dan makan malam di Anjung Seri sebelum kembali ke tempat penginapan.
Di Pulau Manukan

17 April 2010
Aktiviti yang agak lasak pada hari ini iaitu Water Rafting di Sungai Padas, Tenom. Perjalanan 3 jam dari Kota Kinabalu ke Tenom agak memenatkan. Setibanya di Tenom, kami menaiki kereta api untuk ke tempat permulaan Water Rafting. Pengalaman menaiki kereta api lama sangat menarik. Setibanya kami di Sungai Padas, kami menikmati makan tengah hari dan memulakan cabaran di Sungai Padas. Sebanyak 4 buah bot getah disediakan untuk kumpulan kami. Pelbagai cabaran dan dugaan kami harungi sepanjang di Sungai Padas. Hujan yang turun menambahkan lagi cabaran kami. Walaupun bot yang dinaiki aku merupakan bot peserta yang tidak pandai berenang dan paling ramai perempuan, kami berjaya tiba di penamat paling awal. Sangat seronok. Kemudian kami bergambar dan pulang ke tempat permulaan Water Rafting dengan kereta api. Satu lagi pengalaman ialah naik kereta api dengan duduk di gerabak yang tidak berbumbung dan kereta api rosak di pertengahan perjalanan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke tempat permulaan Water Rafting. Kami menunggu kereta api di situ dan meneruskan perjalanan pulang ke stesen kereta api Tenom setelah kereta api yang rosak itu berjaya ditunda. Kemudian, kami menaiki bas dan pulang ke KK Town.
Water Rafting yang sangat best

18 April 2010
Aktiviti bebas iaitu jalan-jalan di sekitar bandar KK. Tidak perlu berkumpul atau menunggu bas pada hari ini. Semua perjalanan hanya menggunakan kaki. Hahahaha. Aktiviti membeli belah atau membeli dan blah dimulakan di Gaya Street Market. Pasar ini dibuka hanya seminggu sekali sahaja. Setelah puas berjalan-jalan di sini, kami check out dari tempat penginapan. Kemudian kami ke masjid untuk solat. Setelah selesai solat, kami menikmati makan tengah hari dan meneruskan aktiviti bersiar-siar di Filipino Market. Membeli dan membelah lagi.... huhuhu... Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak ke UMS untuk melihat matahari terbenam di pantai UMS. Kemudian solat di Masjid UMS dan makan malam di rumah GG. Terima kasih GG kerana menjemput kami makan di rumah kamu. Di rumah GG, kami ditunjukkan cara-cara untuk membuat ambuyat. Agak mencabar untuk makan ambuyat. Hehehehe... Setelah selesai, kami pulang ke kolej kediaman E di UMS dan bermalam di sana.

Sunset at UMS Beach

19 April 2010
Hari terakhir di Kota Kinabalu. Hatiku agak sayu untuk meninggalkan kota ini. cewah... hehehe. Pada hari ini, kami melawat muzium sabah dan ke Pantai Tanjung Aru untuk makan tengah hari. Kemudian, kami terus ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang ke semenanjung. Penerbangan kami ke semenanjung berpecah dua. Penerbangan pertama dijadualkan pada pukul 3.30 petang dan terus ke KLIA. Penerbangan kedua pada pukul 4.10 petang dan transit di Labuan sebelum ke KLIA. Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami tiba di KLIA dan mula bergerak pulang ke Kuantan pada pukul 8.45 malam. Perjalanan yang agak panjang kerana kami tiba di Kuantan pada pukul 3.00 pagi.

Lupa la name tempat ni... Rumah Warisan erk? huhuhu...


***nota kaki: bahasa ganti diri kami tidak merujuk kepada semua peserta. Untuk gambar-gambar sepanjang XPDC, boleh rujuk di sini... atau di sini... atau di sini... atau mane-mane album facebook rakan-rakan XPDC yang telah memuat naik gambar... =)

p/s: Buat semua peserta XPDC. Semoga kita berjumpa lagi pada XPDC akan datang. Suka duka yang dilalui bersama merupakan memori paling indah pernah diri ini rasai. Akan ku kenang memori indah ini selamanya. InsyaALLAH...